Rangkaian G by Gojes

Rangkaian G by Gojes
Untuk wanita yang inginkan kecantikan dan mementingkan bahan yang halal, selamat dan berkesan.

Saturday, April 29, 2017

Canadian Willow Herb

Canadian Willow Herb atau lebih dikenali sebagai Epilobium Angustifolium merupakan ekstrak tumbuhan yang dikenali sebagai herba Fireweed atau willow. Ia berfungsi sebagai kesan menenangkan dan aktioksidan pada kulit.


Daun ini bersifat sejuk dan sesuai untuk merawat masalah keradangan kulit dan kulit terbakar (sunburn).

Wild Yam Root

Wild Yam Root atau Akar Keladi Liar merupakan ekstrak akueus Glycolic dari akar keladi liar. Ia adalah ekstrak sayur-sayuran yang mempunyai sifat astrigrn, anti bakteria dan anti radang.


Ramuan bahan Wild Yam Root ini digunakan dalam penghasilan produk kosmetik penjagaan rambut, persediaan mandi, rumusan pancuran, krim dan losyen, deodoran dan krim perlindung matahari.


Orange Stem Cell

Sel stem orange atau lebih dikenali sebagai Citrus Aurantim Dulcis Kalus berfungsi sebagai mengurangkan garis-garis halus dan kedutan, meningkatkan keanjalan, ketegangan dan sokongan kolagen pada kulit.


Jangka hayat sel-sel stem dalam kulit manusia adalah terhad disebabkan oleh kerosakan DNA, penuaan dan tekanan oksidatif. Semakin meningkat usia sel-sel stem kulit manusia akan menjadi lebih sukar untuk diperbaiki atau ditambahbaik lagi. Teknologi penghasilan sel stem dari tumbuhan dan makanan proses penuaan dapat dilambatkan secara semulajadi lebih baik daripada sebelum ini.

Antara manfaat teknologi sel stem untuk penjagaa kulit:-

  • Melindungi jangka hayat sel-sel kulit.
  • Meminimum proses dehidrasi kolagen oleh tubuh.
  • Mempunyai antioksida yang tinggi.
  • Anti penuaan.

Monday, April 24, 2017

Fakta

Hanya 20 peratus manusia di dunia ini mempunyai kulit jenis normal dan 60 peratus pula mempunyai kulit kombinasi.


Sunday, April 23, 2017

Gojes Beauty Consultant Certificate

Hari ini Kak Ida berkesempatan untuk menghadiri kursus untuk melayakkan diri sebagai Gojes Beauty Consultant Certificate bersama Puan Mary.




Quote of the day


Dua kali sehari sahaja...

Cukuplah kalau kita mencuci muka dengan sesuatu produk sebanyak dua kali sehari.

Pagi dan malam. Kulit muka ini cukup sensitif dan perlu dibelai dan dijaga dengan lembut.


Minyak Zaitun

KEDUDUKAN
BAIK

KATEGORI
Emolien, antioksida, ekstrak tumbuhan

KEGUNAAN
Di Negara Latin, minyak zaitun dikenali dengan nama Olea Europaea dan mempunyai kelebihan sama seperti minyak tumbuhan bukan wangi yang lain.

Minyak zaitun sangat bermanfaat bagi mereka yang mengalami kulit yang kering kerana minyak zaitun kaya dengan asid lemak yang mempunyai kandungan squalene didalam emolien. Selain itu, minyak zaitun juga mengandungi asid lemak termasuk oleic, palmitic dan Asid linoleic. 

Minyak zaitun juga sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif. Ini kerana, apabila minyak zaitun dicampurkan dengan bahan-bahan yang lain, ia dipercayai dapat meningkatkan antioksida pada kulit.

Namun begitu, minyak zaitun tidak sesuai digunakan jika diletakkan terus pada kulit.


RUJUKAN
Scientia Pharmaceutica, April-June 2012, pages 133-154
International Journal for Vitamin and Nutrition Research, 2009, issue 3, pages152-165
Talanta, 2008, issue 2, pages 924-934
Alternative Medicine Review, November 2007, pages 331-342
Carcinogenesis, November 2000, pages 2,085-2,090


SUMBER: Minyak Zaitun

Gamat

Gamat dikenali juga sebagai sea cucumber yang merujuk kepada ubat-ubatan yang diperolehi daripada spesis keluarga Holothuroida.

Antara gamat yang popular adalah gamat emas (Stichopus Horrens) yang biasanya digunakan bagi merawat kulit yang kering.


Gamat dijadikan dalam bentuk losyen dan juga dijadikan sebagai salap.

Aloe Vera

KEDUDUKAN
BAIK

KATEGORI
Menyegarkan kulit, Ekstrak tumbuhan

KEGUNAAN
Aloe Vera (juga dikenali di negara Latin dengan nama Daun Lidah Barbadenis). Ia merupakan ekstrak tumbuh-tumbuhan yang biasa digunakan sebagai ciri-ciri yang menyegarkan kulit, antioksida dan juga berfungsi sebagai agen penghidratan untuk kulit kerana mempunyai kandungan polisakaridan dan sterol.

Aloe vera baik untuk kulit termasuk bagi mereka yang menghadapi masalah kekurangan stalemate kerana fungsi daun ini adalah menyegarkan.


RUJUKAN
Giornale Italiano Di Dermatologia, February 2009, pages 85-91
Indian Journal of Dematology, 2008, pages 163-166
Skin Research and Technology, November 2006, pages 241-246
Journal of Ethnopharmacology, December 1999, pages 3-37


SUMBER: Aloe Vera 

Saturday, April 22, 2017

Propolis

KEDUDUKAN
BAIK

KATEGORI
Antioksidan, menyejukkan kulit

KEGUNAAN
Bahan resin yang dikumpul oleh lebah yang digunakan untuk membina sarang.


SUMBER: Propolis

Minyak kelapa dara

KEDUDUKAN
PALING BAIK

KATEGORI
Ekstrak tumbuhan, emolien

KEGUNAAN
Minyak kelapa dara mempunyai kandungan lemak tepu yang mudah meresap ke dalam kulit.

Ia merupakan sumber yang kaya dengan asid lemak yang mempunyai rantaian sederhana yang dikenali juga sebagai triglycerides. Minyak kelapa dara ini banyak digunakan sebagai pelembap dan mempunyai kesan yang sama dengan minyak mineral yang lain.

Minyak kelapa dara juga dapat mengandungi kandungan antioksidan yang baik untuk kulit berbanding dengan minyak zaitun dan juga minyak bunga matahari.

Namun begitu, minyak kelapa dara ini tidak dapat memberikan perlindungan matahari pada kulit. Kajian menunjukkan minyak kelapa dara hanya dapat melindungi 20 peratus dari cahaya UV yang boleh merosakkan kulit dan ini akan mengakibatkan tanda-tanda penuaan mudah timbul.


RUJUKAN
International Journal of Dermatology, January 2014, pages 100-108
Food & Function, September 2013, pages 1,402-1,409
Pharmacognosy Review, July-December 2011, pages 164-173
Skin Pharmacology and Physiology, June 2010, pages 290-297
Dermatitis, November-December 2008, pages 308-315; and September 2004, pages 109-116


SUMBER: Minyak kelapa dara

Minyak biji bunga matahari

KEDUDUKAN
PALING BAIK

KATEGORI
Ekstrak tumbuhan

KEGUNAAN
Minyak biji bunga matahari adalah sumber Omega-6 dan Vitamin E yang sangat baik untuk kulit. Ia merupakan minyak tumbuhan bukan wangi yang digunakan sebagai emolien dalam kosmetik. Fungsi minyak bunga matahari adalah untuk mengelakkan kulit yang terbakar (sunburn), melindungi kulit dari kehilangan kelembapan dan mengurangkan iritasi.

Minyak biji bunga matahari juga sumber yang kaya dengan asid lemak kulit termasuk asid linoleik dan sangat baik bagi mereka yang mempunyai jenis kulit yang kering.


RUJUKAN
Pediatric Dermatology, January-February 2013, pages 42-50
Dermatology, October 2014, pages 230-239
The Journal of Investigative Dermatology, April 1980, pages 220-223


SUMBER: Minyak biji bunga matahari

Minyak Tea Tree

KEDUDUKAN
SEDERHANA

KATEGORI
Ekstrak tumbuhan

KEGUNAAN
Minyak tea tree ini dikenali juga sebagai Melaleuca yang merupakan sejenis pokok tumbuhan yang berasal daripada Australia iaitu pokok Maleleuca Alternifolia. Minyak tea tree ini mempunyai ciri-ciri untuk melegakan keradangan kulit dan juga sebagai antioksida.

Minyak tea tree ini mengandungi komponen seperti linalool, limonene dan eucalyptol.

Minyak tea tree ini digunakan untuk memperbaiki masalah kulit seperti jerawat. Kepekatan minyak tea tree ini dicadangkan kurang daripada 1% kerana mempunyai bau yang agak kuat.

Ia berfungsi sebagai:-
  • Anti jerawat 
  • Anti bakteria 
  • Mengurangkan kegatalan kulit 
  • Melegakan inflamasi (radang)

RUJUKAN
International Journal of Dermatology, July 2013, pages 784-790
Journal of Food and Drug Analysis, June 2013, pages 169-176
Chemical Research in Toxicology, March 2012, pages 713-721
Australasian Journal of Dermatology, May 2007, pages 83-87
Indian Journal of Dermatology, Venereology, and Leprology, January-February 2007, pages 22-25
Clinical Microbiology Reviews, January 2006, pages 50-62


SUMBER: Minyak Tea Tree

Vitamin C

KEDUDUKAN
PALING BAIK

KATEGORI
Vitamin, Antioksida

KEGUNAAN
Vitamin C merupakan salah satu vitamin yang paling baik. Penggunaan vitamin C yang berterusan boleh memperbaiki pelbagai tanda-tanda penuaan, mencerahkan tona kulit yang tidak sekata serta memulihkan kulit wajah.

Vitamin C datang dalam pelbagai bentuk dan kandungan asid askorbik dalam Vitamin C telah diuji dan telah terbukti yang paling baik.

Selain itu juga, Vitamin C yang ada di dalam produk penjagaan kulit adalah termasuk Magnesium Ascorbyl Fostat, Asid L-Askorbik, Tetrahexyldecyl Askorbat, Ascorbyl Palmitate, Ascorbyl Glucosamine, dan Ascorbyl Tetraisopalmitate.

Vitamin C dipercayai dapat memberikan perlindungan antioksida dan melindungi kulit dari kerosakan yang berpunca dari persekitaran.
  • Membantu mengekalkan keremajaan kulit.
  • Membantu mencerahkan kulit.
  • Membantu meratakan tona.

RUJUKAN
Clinical, Cosmetic, and Investigational Dermatology, September 2015, pages 463-470
Journal of the America Academy of Dermatology, November 2012, pages 1,103-1,024
Skin Research and Technology, August 2008, pages 376-380
Dermatologic Surgery, July 2005, pages 814-817


SUMBER: Vitamin C

Vitamin B3

KEDUDUKAN
PALING BAIK

KATEGORI
Antioksida, vitamin, melembutkan kulit, menyejukkan kulit.

KEGUNAAN
Vitamin B3 juga dikenali sebagai niacinamide dan asid nikotinik. Niacinamide dipercayai dapat menganjalkan kembali kulit.

Selain daripada itu, vitamin B3 berupaya untuk menyelesaikan masalah seperti mengecilkan liang-liang pori, tona kulit yang tidak sekata, menghilangkan garis-garis halus di muka dan juga dapat melindungi kulit daripada sinaran cahaya matahari.
Gabungan Vitamin B3 dan vitamin C merupakan gabungan yang sangat bermanfaat untuk kulit.


RUJUKAN
Journal of Agricultural Food and Chemistry, 2006, issue 7, pages 2558-2562
Dermatological Surgery, 2005, issue 7 part 2, pages 860-865
International Journal of Cosmetic Science, 2005, issue 3, pages 155-160
Journal of Cosmetic Dermatology, 2004, issue 2, pages 88-93


SUMBER: Vitamin B3

Hyaluronic Acid (HA)

KEDUDUKAN
SANGAT BAIK

KEGUNAAN
Hyaluronic Acid atau HA banyak digunakan di dalam penjagaan kulit dari Korea dan Jepun. Fungsi HA ini adalah untuk meresap ke dalam kulit dan melembapkan kulit dari dalam. HA agak melekit tetapi membuatkan kulit menjadi sihat dan dewy.



Shea Butter

KEDUDUKAN
PALING BAIK

KATEGORI
Ekstrak tumbuhan, emolien

KEGUNAAN
Dikenali di negara Latin dengan nama Butyrospermum Butyrospermum. Shea Butter merupakan satu sumber yang diekstrak dari biji pokok karite yang berasal dari Senegal, Afrika.

Shea Butter ini digunakan sebagai emolien dalam kosmetik untuk melicinkan kulit yang kering.

Shea Butter mempunyai tekstur yang kaya dengan antioksidan seperti quercetin, epicatechin gallate, gallocatechin, epigallocatechin dan asid lemak yang memberi kegebuan pada kulit (stearic dan linoleic) dan ianya sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit kering.


RUJUKAN
Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, June 2011, pages 45-55
Journal of Agricultural and Food Chemistry, October 2003, pages 6,268-6,273
Journal of Allergy and Clinical Immunology, February 2009, page S41


SUMBER: Shea Butter

Ekstrak daun Gingko Biloba

KEDUDUKAN
BAIK

KATEGORI
Ekstrak tumbuhan, antioksida

KEGUNAAN
Sejenis tumbuhan yang mempunyai antioksidan yang tinggi yang diperolehi daripada tumbuhan ginkgo. Fungsi Ginkgo Biloba adalah anti penuaan.


RUJUKAN
Clinical, Cosmetic and Investigational Dermatology, August 2016, pages 233-239
Phytotherapy Research, December 2011, pages 1854-1860
International Journal of Cosmetic Science, February 2010, pages 99-106
Journal of Pharmaceutical and Biomedical Analysis, February 2005, pages 287-295


SUMBER: Ginkgo Biloba

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...