Rangkaian G by Gojes

Rangkaian G by Gojes
Untuk wanita yang inginkan kecantikan dan mementingkan bahan yang halal, selamat dan berkesan.

Monday, November 13, 2017

Petua| Jari bernanah

Jika jari tertusuk duri, jarum atau tulang ikan dan bernanah, ada petua untuk merawatnya.


Ambil tiga ulas bawang merah lalu ditumbuk. Tetapi jangan sampai lumat. Kemudian, ambil satu sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan panaskan ke atas api. Apabila sudah agak panas, tampalkan ramua tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalut luka.

Buatlah sebanyak tiga kali sehari. Insya-Allah.


Sunday, November 12, 2017

Petua| Hilangkan lebam di bibir

Bibir lebam akibat kesan merokok memang kelihatan tidak elok.


Bagi menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir tersebut, ambil halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu ke bibir setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ia kering dengan sendirinya.

Bagi melembapkan bibir juga, ambil madu dan sapukan pada bibir setiap malam.

Untuk kesan yang lebih maksimum, jangan lupa ambil sepaket Gojes untuk kesihatan dalaman kita.

Cantik di dalam, cantik diluar.

Thursday, November 2, 2017

Logam ada merkuri

Tanda-tanda krim mempunyai logam ada merkuri.


  1. Krim yang melekit-lekit. Namun begitu, ada sesetengah krim yang campurkan dengan bedak sejuk supaya nampak lebih cair. 
  2. Tidak homogen. Maksudnya, jika kita membiarkan krim itu dalam tempoh yang agak lama, kita akan nampak ada lapisan minyak akan terpisah dengan lapisan padat.
  3. Bau logam merkuri: Bau krim itu "lain macam", tetapi ada sesetengah produk yang kononnya bijak dah mengolah bau dengan bau perfume yang lebih menyengat untuk menghilangkan bau merkuri. Sebab itu sebaiknya jika mencari produk kecantikan, cari produk yang tidak mempunyai bau apa apa. 
  4. Krim berwarna yang mencolok. Biasanya untuk menutup balik warna merkuri, mereka akan tambah dengan bahan pewarna. Tipikal warna mereka gunakan, warna tekstil kuning atau warna putih yang mengilat.
  5. Panas dan gatal apabila disapukan pada kulit lengan.
  6. Pada awal pemakaian menyebab kulit kemerahan apabila terkena cahaya matahari. Kulit anda sedang berlaku irritation (penipisan kulit).
  7. Warna putih tidak sekata, putih pucat seperti macam putih normal.
  8. Kulit berubah warna putih dalam waktu yang singkat! Seperti dalam iklan dipasaran, INGINKAN KULIT PUTIH DALAM MASA 1 MINGGU? Perlu diingatkan, semakin cepat kulit putih, semakin banyak kandungan merkuri yang digunakan.
  9. Tidak timbul jerawat sama sekali. Punca inilah krim mereka laris dipasaran. Sebenarnya lapisan kulit epidermis kita sudah rosak, kulit sudah tidak mengandung protein dan melanin yang berfungsi utk melindungi sinar UV matahari sehingga kuman atau bakteria tidak akan menyukai kulit yang telah tercemar merkuri termasuk nyamuk sekalipun. Boleh bayangkan?
  10.  Menghaluskan dan mengecilkan ruang pori-pori. Ini lagi satu kesan korang tertipu. Sebenarnya, kulit korang dah menipis dan lapisan kulit bahagian paling atas dah berhapus dek kerana merkuri tersebut. Tengok sepintas lalu seolah-olah pori pori mengecil dan menghaluskan kulit.
  11. Bila kita tiba-tiba berhenti menggunakan krim bermerkuri, akan timbul pula jerawat-jerawat kecil dan rasa gatal.

Wednesday, November 1, 2017

Pigmentasi

Bintik hitam atau pun jeragat pada kulit atau dikenali sebagai pigmentasi mampu memberi gangguan tersendiri kepada penampilan seseorang apatah lagi buat kaum wanita. Tambahan pula kalau ia muncul di kulit wajah, pasti akan lebih mengganggu penampilan sesorang.


Ketika muncul bintik hitam pada kulit anda, jangan dibiarkan. Sebaiknya anda segera bertindak untuk mengatasinya. Sebab jika tidak segera ditangani boleh menjadi lebih parah dan tentunya mengganggu penampilan seterusnya keyakinan anda pun menjadi berkurangan.

Persoalannya bagaimana caranya agar jeragat ataupun pigmentasi itu boleh dihilangkan? Tentunya dengan melakukan perawatan rutin setiap hari.

Namun sebelum melakukan cara mengatasinya, kita perlu tahu dulu apa penyebab dari pigmentasi atau jeragat pada kulit. Hal ini penting agar kita tidak melakukan apa yang menjadi punca pigmentasi tersebut.

Penyebab pigmentasi

Sinar ultraviolet (UV)
Sinar matahari merupakan penyebab utama terjadinya pigmentasi. Penggunaan sunblock sangatlah penting untuk melindungi kulit dari kesan buruk sinar UV

Hormon
Hormon juga merupakan salah satu penyebab timbulnya pigmentasi. Biasanya yang menjadi penyebab adalah hormon estrogen, progesteron, dan MSH. Pigmentasi ini biasanya terjadi pada ibu hamil, yaitu pada trismester ketiga, dan juga pada pemakai pil kontrasepsi.

Ubat
Ubat-ubatan juga berpengaruh pada kulit. Ya, ubat-ubatan akan menyebabkan timbulnya pigmentasi atau jeragat di kulit. Jika seseorang mengambil ubat-ubatan difenilhidantoin, mesantoin, klorpromazine, sitostatik, dan minosiklin maka jeragat akan muncul.

Genetik dan keturunan
Faktor genetik juga mempengaruhi kesihatan kulit. Jika keluarga anda memiliki pigmen jeragat, adalah normal jika pigmentasi terjadi pada anda. Menurut doktor kulit, timbulnya jeragat kerana faktor keluarga yang mempengaruhi sekitar 20-70 peratus. Selain itu faktor keturunan juga punca timbulnya jeragat atau pigmen. Biasanya ia dijumpai pada golongan hispanik dan golongan berkulit gelap.

Produk Kosmetik
Beberapa jenis kosmetik juga dapat mempengaruhi terjadinya pigmentasi, terutama pada kulit wajah. Segala jenis kosmetik khususnya yang mengandung pewangi atau bahan-bahan tertentu dapat menyebabkan fotosensitiviti kulit.

Pencemaran udara
Sangat penting bagi kita untuk menggunakan pelindung kulit ketika keluar rumah. Ini penting agar risiko pigmentasi akibat pencemaran udara tidak berlaku.Pencemaran udara juga menjadi penyebab terjadinya jeragat atau pigmen. Terbentuknya jeragat atau pigmen ini disebabkan sel kita menciptakan antioksidan dan membebaskan melanin berlebihan untuk membasmi kerosakan akibat bahan yang dapat menyebabkan terjadinya iritasi kulit.

Kesan
Sesetengah daripada kita mungkin berpendapat bahawa pigmentasi bukanlah masalah yang serius tetapi sebaik sahaja melanin mula bertambah dan bercantum dengan sel kulit, keadaan akan menjadi teruk.

Pigmentasi akan bertambah teruk dan warna kulit berubah. Namun, pigmentasi boleh dirawat jika rawatan disegerakan bagi mengelak kesan lebih buruk.

Sumber: https://goo.gl/jBZG8t

Sunday, October 29, 2017

Kulit berbelak-belak dan kusam

Bagi mereka yang menghadapi kulit yang berbelak-belak dan kusam mungkin telah mengalami kesan-kesan kerosakan kulit akibat daripada pancaran matahari.


Sukar mengelak kerana cuaca di Malaysia saban hari kulit kita terdedah dengan matahari.

Bagi merawat kulit yang berbelak-belak dan kusam, digalakkan menggunakan losen yang mengandungi AHA (alfa-hydroksi acid) atau losen pencerah yang mengandungi anti oksida seperti vitamin C, vitamin E dan banyak lagi.

Guna lulur badan seminggu sekali untuk membuang sel kulit mati.

Sumber: Kulit Cantik, Majalah MIDI

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...